Saya mmg penggemar nombor 1 ais ! stp kali minum air berais, saya xkan tinggal even 1 pn ais ketul yg ade...semua tu saya akan kunyah n telan...hehehe...pnah kwan saya tanyer, xngilu ke gigi?? ntah la...xde pn...ase mcam mkan mkanan lain jew...hehehe...Mungkin ramai yang dah tahu tapi juz nak gtao pada sape yg xtahu mcam saya ni...
'Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis ataupun manusia'
sebelom ni, saya juz tao yg ais ni byk keburukan jew...tp upenyer, byk kelebihan ais ni...actually, bende ni saya da lame baca...cuma saje nak share =)
Antara kelebihan ais or air sejuk :
- Dengan membiasakan diri menguyah ais akan dapat meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
- Dapat membantu mengembalikan memori atau sifat pelupa yang agak keterlaluan.
- Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia agar dapat kembali tidur seperti biasa
- Untuk kanak-kanak, benarkan mereka menguyah ais untuk menguatkan gigi mereka dan sekiranya mereka batuk, benarkan mereka memakan aiskrim secara perlahan dan berterusan untuk beberapa jam kerana ianya lebih berkesan daripada memakan ubat batuk yang mengambil masa seminggu untuk menyembuhkan batuk.
- Atlit atau ahli sukan biasanya menggunakan ais sebagai rawatan awal untuk kecederaan yang dialami.
- Sekiranya bayi menghidap demam panas, ais boleh digunakan sebagai ajen perencat agar dapat menghalang kecederaan yang lebih berat.
- Air sejuk yang dibalut dengan kain hitam adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah.
- Air sejuk dalam rahsia cuka juga adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ianya dapat mencepatkan kadar kesembuhan.
- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
- Bayi yang mandi menggunakan air sejuk ( bukan air suam) akan menguatkan tulang bayi.
- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan danjangkitan.
- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
- Air sejuk memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.
- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang san seterusnya melemahkan struktur tulang.
- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah baik sekiranya amalan meminum segelas air sejuk di waktu pagi kerana ianya menguatkan perut.
- Secara psikologinya, air sejuk amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin.
- Air kelapa sejuk amat baik untuk kesihatan kerana berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam darah kita.
Terdapat info tambahan tentang ais - bagus diamalkan untuk kecantikan. Ais dikatakan dapat mengecilkan pori-pori terbuka di bahagian muka. Caranya, selepas menggunakan pencuci muka, sapukan kiub ais di bahagian muka terutamanya di bahagian yang mempunyai pori-pori yang besar lebih kurang dalam masa seminit. Kemudian gunakan penyegar (toner) dan pelembap. Pastikan korang menggunakan pelembap untuk mengelakkan kulit kering.
SELAMAT MENCUBA ! ^_^