Saturday 11 May 2013

10 sifat WOMEN yg GUYS perlu faham !



SENSITIF :'(
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati. Bila bercakap di telefon, wanita akan cuba meninggikan suaranya utk menyembunyikan tangisannya...


'when girls say nothing, it means everything' ~~~

CEREWET >_<
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan dan boleh membuatkan wanita berasa dirinya telah menyusahkan pasangannya.... 

HALUS ~_~
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam. Dengan sedikit kata2 akan membuatkan hati wanita tercalar.....

IK
HLAS ^_^

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita. Serta menerima dirinya seadanya kerana wanita akan sanggup untuk mengharungi susah senang bersama lelaki yg dicintainya dan menerima baik buruk lelaki itu.....

PERASAAN =)
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu. Tetapi jangan menyangka bahawa mereka ini mata duitan. Kata2 romantis sudah cukup untuk membuat wanita berasa bahagia dan dihargai.....

PRIHATIN 0_0
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya. Ini kerana hati wanita yg terlalu lembut dan mudah tersentuh...

MANJA ^_^
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari dan tegas, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga. Sifat manja wanitalah yg selalu membuatkan lelaki terpikat...


'wanita yg garang sebelum kahwin, adalah wanita yg paling manja selepas berkahwin' =)
EGO -_-
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! Tapi kdg2 wanita cuba berlagak ego utk mengetahui sejauh mana kasih sayang lelaki itu untuknya.....

CINTA ~_~
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Namun, menjadi cinta terakhir bg seseorang adalh yg terindah =) 


'moga cinta itu sampai ke syurga' =)

SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


'lelaki yg sayangkan wanita itu akan membimbing wanita ke jalan yg benar...bukan menyesatkan' =)


*moga tips ini berguna untuk sesiapa yg memerlukn ^___^






LELAKI & WANITA memang dicipta untuk bersama......to my dear : moga cinta kita kekal ke syurga ^_^ 

No comments:

Post a Comment